Followers

Side income

Ruang iklan

Saturday 13 July 2013

RESEPI AYAM PHAT PHET

                            

                           


BAHAN-BAHAN

ayam 1/2 ekor
3 btg serai*
3 bwg besar*
5 bwg merah*
6 ulas bwg putih*
sedikit belacan dibakar (saya tak letak)*
5-6 biji cili padi merah&hijau (kalau nak lg pedas boleh tmbah)*
1 inci halia *
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 sudu besar cuka / air limau nipis
8-10 helai daun limau purut
1 biji tomato
1 btg serai diketuk untuk hiasan
gula
garam

(* bahan untuk blend)


CARA-CARA 

-Basuh ayam hingga bersih dan toskan.rebus ayam tadi hingga empuk.nak goreng pun takpe tapi     jangan goreng sampai garing,goreng sampai kekuningan je.
-panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan yang telah di blend tadi hingga pecah minyak dan  masukkan air rebusan ayam tadi sedikit.kalau ayam digoreng masukkan air biasa.
-tunggu sehingga bahan tumis tadi menggelegak,masukkan ayam dan perasakan dengan gula dan garam.
-letakkan daun limau purut,tomato dan cuka/air limau nipis.
-apabila kering kuah seperti gambar diatas.bolehlah di angkat. SIAP!! 
dan bolahlah di hidangkan.



BISKUT CORNFLAKES COKLAT

                        BISKUT CORNFLAKES COKLAT


         


BAHAN - BAHAN

BAHAN A

300 gm coklat masakan
2 tsp shortening

BAHAN B

80 gm cornflakes
30 gm bertih beras putih
40 gm badam cincang * di bakar selama 10 minit

HIASAN:-
manik dan coklat putih

CARA - CARA
  1. cairkan bahan A dengan kaedah double boiler kemudian masukkan kesemua bahan B
  2. gaul hingga kesemuanya rata.
  3. sudukan kedalam cawan kertas dan tunggu sehingga coklat keras barulah di bubuh hiasan.SIAP!

RESEPI BISKUT SNOW ALMOND

                            BISKUT SNOW ALMOND 


                                     


BAHAN - BAHAN

BAHAN A

-110 gm mentega
-1/2 tbsp shortening
-50 gm gula kastor
-1/2 tsp coffee emulco / esen kopi
-2 biji kuning telur gred c


BAHAN B

-110 gm tepung gandum
-25 gm nestum original * blend halus
-20 gm serbuk badam 
-35 gm tepung ubi
-1 tbsp coffeemate

HIASAN:- COKLAT MASAKAN & BREAD CRUMB (SERBUK ROTI)

CARA-CARA

  1. pukul mentega,gula kastor dan shortening sehingga sebati.masukkan esen kopi dan kuning telur.pukul hingga sedikit kembang atau hingga rata.
  2. satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A sedikit demi sedikit.
  3. uli sehingga menjadi doh yang lembut dan canaikan.kemudian terapkan mengikut acuan kesukaan anda.
  4. panaskan oven,dengan suhu 175C bakar selama 20 minit
  5. setelah sejuk,celupkan kedalam coklat masakan dan golekkan ke dalam serbuk roti. DONE! selamat mencuba ^_^





Friday 12 July 2013

RESEPI BISKUT TART NENAS

                               BISKUT TART NENAS  




resepi asalnya disini

BAHAN - BAHAN :-

230 gm buttercup 
400 gm tepung gandum*     
40 gm tepung kastard*     (* diayak bersama)
50 gm gula aising
2 biji telur kuning
1 tsp esen vanilla

kuning telur untuk hiasan

note-kalau nak tart anda sedikit menyerlah boleh letakkan sedikit pewarna kuning ke dalam kuning telur hiasan.resepi asal tak letak.


CARA- CARA MEMBUATNYA
  1. putar mentega dan gula aising hingga sebati atau sedikit kembang.masukkan kuning telur dan esen vanilla.putar hingga rata.
  2. perlahankan kelajuan,masukkan tepung gandum dan kastard tadi sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yg lmbut.matikan mixer dan uli doh dgn tangan.(note: jika adunan terlalu keras tambahkan mentega.jika adunan terlalu lembik tambah tepung sedikit)
  3. bentukkan tart dgn menggunakan acuan dan letakkan jem nenas yg telah di bulat-bulatkan dan gulung.
  4. sapu kuning telur ke atas tart gulung tadi dan bakar selama 20 minit atau sehingga masak dgn suhu 175c.
NOTE: jangan biarkan doh terdedah kpd angin.mnyebabkan doh tart menjadi keras dan mudah patah semasa mnggulung. SELAMAT MENCUBA ;)
.