Followers

Side income

Ruang iklan

Friday 20 June 2014

BLACK FOREST CAKE

Assalamualaikum semua..hari ni lina taknak cakap banyak lina cuma nak kongsi resepi kek black forest.kek ni dah lama lina nak buat tapi tak berkesempatan so semalam kebetulan datang angin nak buat kek,lina pun buat lah.sebenarnya lina nak buat kek fruit flan tapi buah pulak takde jadi buat black forest jelah,lina pulak terlebih rajin nak buat kek tapi bila buat takde siapa yang nak makan terpaksalah lina soorang yang melantak (rosak diet aku)..







(kek span coklat)
bahan-bahan (lina buat setengah je)

100gm tepung gandum
100gm gula kastor
10 gm ovallete
1/2 tsp baking powder
3 biji telur
20gm serbuk koko
50ml air
1/2 tsp coklat emulco
55gm minyak masak

cara-cara

  1. loyang bersaiz 8 inci digris dengan majerin dan dilapik dengan kertas minyak.
  2. dalam satu bekas satukan tepung gandum,baking powder,telur,gula dan ovallete.pukul dengan kelajuan tinggi selama 4-5 minit (lina buat 3 minit je)
  3. masukkan serbuk koko,air dan coklat emulco kedalam adunan tadi.pukul lagi selama 4 minit dengan kelajuan tinggi.
  4. masukkan minyak dan gaul dengan spatula secara kaup balik.
  5. tuangkan adunan tadi kedalam loyang yang telah diletak kertas minyak tadi,dan bakar selama 40 minit dengan suhu 145C(bergantung kepada jenis oven masing-masing)
  6. setelah kek masak,sejukkan kek diatas redai.

bahan hiasan

500ml non-diary whipping cream
ceri hitam dan jus nya
ceri merah
blueberry filling
coklat rice

cara-cara
  1. potong kek kepada dua bahagian,sapukan jus ceri hitam keatas kedua-dua belah kek menggunakan berus.ini bagi mengelakkan kek menjadi kering.
  2. putar whipping cream hingga kental,sapukan keatas 1 lapisan kek,letak ceri hitam dan blueberry filling.
  3. sapukan seluruh kek dengan whipping cream dan hias dengan ceri merah dan coklat rice.siap!







Tuesday 3 June 2014

BISKUT KACANG RANGUP

Resepi biskut kacang rangup sumber dari blog che mat gebu..lina sebenarnya tak suka sangat dengan kacang tanah ni..tapi lama-lama bila dah biasa buat biskut yang banyak menggunakan kacang rasa macam dah mula sukakan biskut berkacang.dulu mama lina suka sangat buat biskut mazola,setiap tahun raya setiap tahun tu jugak mesti buat biskut mazola.sampai lina naik muak dengan biskut tu sebab lina sangat tak sukakan kacang..tapi 1 je lina boleh cakap,walaupun lina tak suka biskut mazola yang mama lina buat,tapi lina tetap rasa dan dalam banyak2 rumah yang lina pergi masa raya walaupun lina tak suka biskut mazola(dah banyak kali ulang dah),lina akan tetap rasa untuk bandingkan yang mana sedap.dan semestinya lina tak pernah jumpa lagi biskut mazola yang sesedap macam mama lina buat.mungkin ada tapi lina hanya beritahu apa yang lina rasa.sebab lina pernah bawa biskut mazola tu ke sekolah masa lina form6 2,3 tahun lepas,cikgu pun puji sebab sedap.. korang jangan salah faham tau lina bukan nak riak atau apa,lina cuma nak berkongsi resepi,nak korang tahu macam mana rasa biskut tu,sebab bagi lina biskut tu memang sedap,nanti lina akan post resepinya.kalau ada yang sudi nak mencuba, mungkin ada yang nak buat bisnes.. ok berbalik kepada biskut lina tadi,biskut nie senang je nak buat tau,tak mengambil masa yang lama..ringkas dan sedap.






BISKUT KACANG RANGUP....

BAHAN-BAHAN

125 gram mentega
55 gram gula asing
1 camca teh esen vanilla
1 biji telur gred "B"
150gm tepung naik sendiri (self-raising flour)
185gm kacang tanah,bakar sekejap 10 minit suhu 130C,buang kulit dan tumbuk kasar.
Ceri merah secukupnya

cara-cara
  1. Putar mentega,gula aising,telur dan esen vanilla hingga sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul hingga menjadi doh.adunan sedikit lembut,jangan risau kalau adunan lembut,tak perlu tambah tepung.
  2. Kacang tanah diletak dalam bekas besar. Ambil 3/4 tsp adunan tadi, dan golekkan atas kacang tanah, alih dalam dulang pembakar, leperkan sedikit dan hias dengan ceri merah.
  3. Buat hingga siap. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 140C, selama 20 minit atau hingga kuning keemasan,bergantung kepasa oven masing2. sejukkan atas jaringan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara...


CRUNCHY CARAMEL ALMOND

Assalamualaikum,sekali lagi lina nak buat entri resepi biskut,biskut ni special sangat..sangat senang di buat,bahan-bahan pun tak banyak TAPI bahan-bahannya agak mahal juga lah..ok lina akan senaraikan bahan2 dengan harganya sekali. tepung florentine=rm19.50/500gm .badam hiris=rm23.00/500gm. kuaci hijau atau dipanggil juga sebagai biji labu=rm17.00/500gm..kalau bijan pulak murah je,2-3 ringgit/100gm. tahun ni 1st time lina buat bisnes jual biskut nie..harap2 dapat sambutan. kadang2 sesetengah orang tak faham kenapa lina jual biskut nie mahal2..yelah lina seorang je yang bekerja,kekadang je mama lina tolong lina,mane nak sempat..lina juga buat biskut menggunakan bahan2 yang berkualiti..seperti buttercup,planta,tepung baker,tepung hong kong..tapi tetap nak dibandingkan dengan harga biskut macam kat supermarket..kalau dah harga bahan-bahan biakut mahal,tak kan nak jual biskut tu dengan murah pulak?? bankrup lah lina macam ni..emmm..ok tamat cerita..hehehe..kita sambung balik pasal biskut tadi yer,dah jauh sangat ketinggalan ni..jom tengok gambar biskut crunchy caramel almond yang lina buat :)

nampak sedap kan? kalau makan ni memang tak kan puas tau..dengan rangup kacang badam,kuaci.sedap tak terkata..

Bahan-bahannya 
200gm tepung  florentine 
200 badam hiris
100gm kuaci hijau/bunga matahari
 20 gm bijan putih/hitam

Cara-cara

1.  Campurkan tepung florentine dengan bijan.
2.  Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven    
pada suhu 160 C selama 5 minit.
3.  Sediakan loyang 14x14 dan alas dengan kertas   
baking, pastikan yang ianya tidak melekat. 
4.  Satukan semua bahan dalam bekas
5.  Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna.
6 Panaskan oven pada suhu 160°Celcius
7. Satukan semua bahan diatas, gaul rata dan tuang keatas loyang pembakar tadi. Ratakan nipis.
8. Bakar selama lebih kurang 10-15 minit atau keperangan bergantung pada oven masing-masing.
10. Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan..akak gunakan pemotong pizza..senang sikit nak potong memotong.
11. Sejurus keluar dari oven, terus potong kepada kepingan
12. Bila dah sejuk, simpan dalam bekas kedap udara.  Mudah bukan..

BISKUT OAT COCO CRUNCH

Assalamualaikum semua,lama betul lina tak buat entri..pejam celik pejam celik tinggal 26 hari lagi kita nak menyambut puasa. cepat betul masa berlalu. time-ii macam ni lah lina sibut duk buat sample2 biskut raya..Alhamdulillah harap-ii rezeki tahun ni bertambah.customer pun dah mula bertanyakan biskut raya..syukur syukur. ok hari ni lina nak kongsikan resepi biskut yang lina buat.sekali pandang biskut ni macam choco oat..tapi bukan,biskut ni hanya di salut dengan oat sahaja,biskut nie memang sedap tambah pula disalut dengan coklat..memang licin la balang biskut tu nanti..




Bahan-bahan:

Bahan A:
120gm butter
1 sudu besar shortening
80gm gula kastor
1/4 sudu teh orange paste

Bahan B:
30gm oat dikisar
30gm coco crunch dikisar
15gm serbuk hazelnut  *lina guna serbuk badam
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/8 sudu teh garam
130gm tepung superfine *lina guna tepung gandum
30gm tepung jagung
1sudu besar tepung beras

Hiasan :
Putih telur
Oat
Dark cooking chocolate
Papercup

Cara membuatnya:
1. Sebatikan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B
3. Ambil adunan dan sukat 1 sudu teh
4. Bentukkan bujur
5. Golekkan dalam putih telur
6. Salut dengan oat
7. Bakar sehingga masak (sebaiknya suhu 130 -140 degree selama 20 minit -25 minit)
8. Setelah sejuk celup separuh biskut dengan dark cooking chocolate
9. Letakkan dalam papercup