Followers

Side income

Ruang iklan

Sunday, 24 May 2015

RESEPI BISKUT CHOC THUMBPRINTS

Resepi biskut chocolate thumbprints



BAHAN-BAHAN:~

1/2 cawan mentega(dilembutkan)
2/3 cawan gula
1 biji kuning telur
2 sudu besar susu segar/susu cair
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan serbuk koko
1/4 sudu kecil garam

HIASAN:~
~1 biji putih telur (dipukul sehingga berbuih)
~badam cincang
~coklat masakan putih
~coklat chip

Cara-cara:~
~satukan tepung gandum,garam,serbuk koko.ayak.ketepikan.
~dalam mangkuk pukul mentega dengan gula sehingga kembang.
~masukkan kuning telur,esen vanila & susu.putar lagi sehingga semua sebati.
~masukkan tepung dan koko yang telah diayak tadi.uli sehingga adunan menjadi doh.
~bulat-bulatkan doh sebesar guli,tekan dengan ibujari,celupkan tepi biskut kedalam putih telur
  dan golekkan kedalam badam cincang.aturkan kedalam loyang pembakar.
~bakar dengan suhu 150c selama 20 minit atau sehingga biskut masak.

untuk hiasan:~
~cairkan coklat masakan putih,letak dalam piping bag.piping keatas setiap biskut yang telah sejuk.
~hiaskan dengan coklat chip.







No comments: