Followers

Side income

Ruang iklan

Tuesday 3 June 2014

BISKUT OAT COCO CRUNCH

Assalamualaikum semua,lama betul lina tak buat entri..pejam celik pejam celik tinggal 26 hari lagi kita nak menyambut puasa. cepat betul masa berlalu. time-ii macam ni lah lina sibut duk buat sample2 biskut raya..Alhamdulillah harap-ii rezeki tahun ni bertambah.customer pun dah mula bertanyakan biskut raya..syukur syukur. ok hari ni lina nak kongsikan resepi biskut yang lina buat.sekali pandang biskut ni macam choco oat..tapi bukan,biskut ni hanya di salut dengan oat sahaja,biskut nie memang sedap tambah pula disalut dengan coklat..memang licin la balang biskut tu nanti..




Bahan-bahan:

Bahan A:
120gm butter
1 sudu besar shortening
80gm gula kastor
1/4 sudu teh orange paste

Bahan B:
30gm oat dikisar
30gm coco crunch dikisar
15gm serbuk hazelnut  *lina guna serbuk badam
1/4 sudu teh soda bikarbonat
1/8 sudu teh garam
130gm tepung superfine *lina guna tepung gandum
30gm tepung jagung
1sudu besar tepung beras

Hiasan :
Putih telur
Oat
Dark cooking chocolate
Papercup

Cara membuatnya:
1. Sebatikan semua bahan A.
2. Masukkan semua bahan B
3. Ambil adunan dan sukat 1 sudu teh
4. Bentukkan bujur
5. Golekkan dalam putih telur
6. Salut dengan oat
7. Bakar sehingga masak (sebaiknya suhu 130 -140 degree selama 20 minit -25 minit)
8. Setelah sejuk celup separuh biskut dengan dark cooking chocolate
9. Letakkan dalam papercup



No comments: