BAHAN-BAHAN
ayam 1/2 ekor
3 btg serai*
3 bwg besar*
5 bwg merah*
6 ulas bwg putih*
sedikit belacan dibakar (saya tak letak)*
5-6 biji cili padi merah&hijau (kalau nak lg pedas boleh tmbah)*
1 inci halia *
1 inci lengkuas*
1 inci kunyit hidup*
1 sudu besar cuka / air limau nipis
8-10 helai daun limau purut
1 biji tomato
1 btg serai diketuk untuk hiasan
gula
garam
(* bahan untuk blend)
CARA-CARA
-Basuh ayam hingga bersih dan toskan.rebus ayam tadi hingga empuk.nak goreng pun takpe tapi jangan goreng sampai garing,goreng sampai kekuningan je.
-panaskan sedikit minyak untuk menumis bahan yang telah di blend tadi hingga pecah minyak dan masukkan air rebusan ayam tadi sedikit.kalau ayam digoreng masukkan air biasa.
-tunggu sehingga bahan tumis tadi menggelegak,masukkan ayam dan perasakan dengan gula dan garam.
-letakkan daun limau purut,tomato dan cuka/air limau nipis.
-apabila kering kuah seperti gambar diatas.bolehlah di angkat. SIAP!!
dan bolahlah di hidangkan.
No comments:
Post a Comment