Followers

Side income

Ruang iklan

Monday, 7 April 2014

APABILA NASI LEMAK MENJADI BIBIMBAP

Assalamualaikum semua,hari ni lina ada surprise tuk korang.. nasi lemak jadi bibimbap. bibimbap merupakan makan yang berasal dari korea tau..maksud bibimbap adalah nasi campur..nak tengok tak rupa bibimbap sebenar macam mana?

inilah dia rupa bibimbap sebenar,tapi macammana pulak dengan nasi lemak?boleh ke nasi lemak jadi bibimbap? ha tu lah yang korang tak tahu..idea ni datang apabila lina craving sangat nak akan bibimbap..tetiba teringat pulak kat rancangan korea tasty road masa tony ahn dan jaedeok oppa datang malaysia,masa tony ahn makan nasi lemak dia cakap nasi lemak nie macam bibimbap,ada sambal,timun,ikan bilis dan telur..kalau bibimbap pulak,dia ada telur,daging,carrot,tauge,sawi,dan timun..dan korang nak tengok tak macam mana rupa nasi lemak bila jadi bibimbap? jeng jeng jeng..

 bahan2 yang lina letak,ikan bilis yang digoreng rangup,telur rebus,timun,carrot dan tauge.
carrot dan tauge tu lina celur sekejap..





rupa setelah digaul sebati..hehe..amacam ada rupa bibimbap x? hampir sama kan? mesti korang tertanya2 macam mana rasa bila letak carrot dan tauge..nak tau x? ya ampun...SEDAP SANGAT! dengan rangup dari timun dan ikan bilisnya,manis dari carrot dan tauge lina tak pernah lagi rasa nasi lemak sesedap ni..nak buat bibimbap,gochujang pulak susah nak buat,tambah pulak bahan2 nak buat gochujang tu susah nk cari..so lebih baik buat nasi lemak ala bibimbap..lepas makan nasi lemak bibibap nie..puas hati lina..


bahan-bahan

BAHAN A 
-9 biji Bawang merah
-7 ulas Bawang putih
-1 atau 2 labu bawang besar
-Halia sebesar ibu jari
-Minyak secukupnya sebagai cecair utk mengisar bkn air yer

BAHAN B
-Segenggam Ikan bilis yang di goreng rangup
-2,3 biji Buah keras (fungsi utk jadikan sambal tu ber-paste) *lina tak letak
-Belacan cubit le sikit..byk2 kang jd tengik pulok klu belacan yg xsedap *lina tak letak
-Lada kering dlm 2 genggam,agak2 la kan (bkn cili boh ready made atau bkn cili boh yg anda sendiri buat dr lada kering tu sndiri)-potong kecik2, basuh, rebus dulu n toskan
Lagi minyak utk kisar-masa ni leh cmpur dgn santan sikit dr bhn c kat bwh ni pun xpe

BAHAN C
Air asam jawa secukup rasa
Gula
Garam
pak aji klu suka-sy mmg suka
Ikan bilis segenggam (mentah-yg belum digoreng)-basuh dlu biar lembut n toskan
1 labu Bawang besar hiris halus2
Klu ada sos ikan,bleh buh gak
Kiub ikan bilis utk up-kan rasa sambal ikan bilis
santan

CARA-CARA
1) Mula2 goreng ikan bilis smpai rangup.ketepikan
2) Sediakan santan. Ketepikan
3) Blend bahan a dgn lebihan minyak goreng ikan bilis tadi.buh minyak sekadar blender tu bleh pusing.ketepikan
4) Blend pula bhn b guna minyak lebihan grg ikan bilis tadi gak-sama je kaedahnya n ketepikan
5) Panas kan kuali biar btul2 panas, then trus curah bahan kisar yg no 3) tadi. Goreng sampai wangi n garing biar dasar kuali tu nampak nk dh nk jadi hangus/berkerak dgn bahan2 garing ni.
6) Pastu trus tambah bahan kisar yg no 4) lak..masak sampai naik minyak n sedikit kering
7) Kemudian leh tambah bahan c mengikut turutan. Last skali buh santan kan. Santan ni leh guna tuk bilas blender korang, ada lebih2 rempah kisar tu jgn le basuh trus blender tu, amik santan buat bilas n masuk le santan ni last skali.masak biar naik myk..nk2 kering sikit pun xpe..masak le lama2 pun xpe. Santan ni penting utk bg lemak n kelainan rasa. Buh sikit santan pekat pun jadilah, masak biar naik minyak sikit barulah xmudah basi sambal tu-leh simpan lam peti sejuk, nak makan kang hangatkan jew. klu nk sambal yg cair, buh byk2 santan pun xpe..nk reneh lama2 pun xpe..sbb kita pentingkan kaedah menumis je.
8) Klu korang suka sambal korang bertekstur kasar, ada cam sampah2 sikit (sampah dr hirisan bwg besar n ikan bilis) ikutlah kaedah di atas. Klu suka sambal korang cuma berpaste, smooth xde sampah2 korang leh ejas kat bahan c iaitu
a. ikan bilis mentah kat bahan c bawak g kat bahan b goreng sekali dgn ikan bilis yg sedia ada kat situ
b. hirisan bawang besar tu xyah buh tapi bawak bahan tu gi kat bahan a..blend semua

No comments: