Followers

Side income

Ruang iklan

Friday 7 March 2014

MACAROON

For the second time my macaroon tak menjadi jgk,at least boleh jgk mkn dari 1st try hari tu..mmg ke tong sampah terus..nak tengok tak rupa macaroon yg lina bt? jeng jeng jeng
   cantik kan? hahaha..
 macaroon org lain kaki semua ddk bawah,tapi yg lina kaki ddk atas,pelik bin ajaib betul lah..

 ada yang ternganga,yg macam gunung berapi meletus pon ada...sadiss betul la macaroon lina nie kn?huhuhu


sempat lagi pipekan nutella walaupun rupa buruk..


bahan-bahan

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna

cara-cara
  1. Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
  2. Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max.
  3. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga         adunan  kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu   dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh.     (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia     dah bertanduk aje dah ok!
  4. Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih     telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. 
  5. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah   yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
  6. Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian   sahaja kerana adunannyer sedikit.
  7. Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
  8. Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
    Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
    Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

    Panaskan oven 150C - lina cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

    Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
    Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk.

No comments: