Followers

Side income

Ruang iklan

Friday 14 March 2014

NASI AYAM

 Assalamualaikum semua,lina nak kongsikan menu hari ni iaitu nasi ayam,bila dgr je perkataan nasi ayam mesti korang rasa laparkan?.nasi ayam ni merupakan kegemaran semua orang.siapa yang tak pernah makan nasi ayam? sy yakin semua orang pernah rasa nasi ayam.. nasi ayam nie kalau makan seminggu sekali pun takkan rasa jemu.. lebih2 lagi family lina,tpi nk kata sminggu sekali tu tak lah dalam sebulan tu ada la 2 kali..msti akan masak nasi ayam..hehe..

amacam? selera tak? sedap tau,rugi tak cuba..


bahan-bahan (nasi)

beras 5 pot
1 camca besar majerin
sedikit pewarna kuning
sedikit sos tomato
2 keping daun pandan
2 senduk air rebusan ayam
sedikit garam

cara-cara 
  1. basuh beras dan tos kan.masukkan air secukupnya.dan masukkan semua bahan.masak nasi seperti biasa.bila air nak kering tu kacau supaya bahan2 sebati.

bahan-bahan (sup ayam)

1 ekor ayam di kerat 4
3 inci halia *diketuk
5 ulas bawang putih
1 bgkus rempah sup bunjut
garam
gula secubit
tok aji sikit yer @ajinomoto

cara-cara
  1. cuci ayam,toskan.masukkan ayam dan air secukupnya kedalam periuk untuk direbus.masukkan halia.
  2. bila ayam sudah empuk masukkan bawang putih dan sup bunjut.perasakan dengan garam gula dan tok aji.
  3. setelah sup siap.ambil ayam untuk digoreng.

bahan-bahan(ayam)

ayam yg direbus
kicap lemak manis
minyak untuk menggoreng

cara - cara
  1. panaskan sedikit minyak
  2. goreng ayam.tapi jgn garing sgt.
  3. masa goreng tu tuang kicap sikit2.
  4. bila kicap tu dh melekat kat ayam,angkat.

bahan-bahan sos

cili padi merah 20 biji
1 ulas bwg putih
1 cm halia
cuka
gula
garam

cara-cara
  1. blend semua bahan hingga lumat

bahan-bahan (kicap)

2 biji bwg besar* (*blend)
1 ulas bwg putih*
1 cm halia*
1 senduk sup ayam
kicap secukupnya agak2 1/2 cwn

cara-cara
  1. masukkan bahan yg diblend tadi kedalam periuk.masukkan air secawan.
  2. masukkan kicap.dan sup ayam.masak atas api sederhana.biar menggelegak.tutup api

hidangkan bersama nasi,ayam.sup dan sos.siap!











No comments: