Followers

Side income

Ruang iklan

Thursday 6 March 2014

RESEPI MINI CHEESE TART

Assalamualaikum,hari ni lina nak kongsi resepi cheese tart dengan korang...lina dah janji dengan korang haritu nak kongsi resepi ni kn..sory lina menghilang shari dua ni..bz dengan tepahan tart..tak cukup tgn..huhu..maklum lah keje sendiri,lain lah kalau ada pekerja..amboi,angan2 nak pakai pekerja,bisnes pon cukup2 je..gambar kat bawah ni lah hasil2 tart yg lina buat,,takde lah cantik sgt pon..biase2 je,tapi rasa die tu yang sedap..lina buat 4 perisa je,blueberry,strawberry,kiwi dan orange,,kurang dua perisa mango dan lemon,dah cari kedai kek tapi takde..sbnrnye bnyk lagi perisa yg boleh buat mengikut kreativiti masing2 laa..ada yg buat coklat,peanut butter,almond dll.hari tu lina dh buat perisa coklat,tapi lina tak suka sgt coklat,manis..peanut butter plak lina tak buat sbb lina mmg tak suka kacang..tapi yg pelik nya,kuah kacang satey tu boleh makan pulak..hehehe..







Bahan-bahan pastri

125gm mentega
60gm gula ising
250gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/2 tbsp air sejuk
1/2 tbsp esen vanilla

Cara-cara

  1. pukul mentega dengan gula sampai kembang.
  2. masukkan telur,air sejuk dan esen vanilla.pukul lagi sehingga kembang.
  3. masukkan tepung sedikit demi sedikit.uli sehingga menjadi doh lembut.
  4. terapkan ke dalam acuan tart mini.bakar pada suhu 140'c selama 20 minit.

Cream cheese
250gm cream cheese
50ml UHT whipping cream
60gm gula ising
60gm mentega

1 biji telur
1 sudu besar jus lemon jika suka

Cara-cara
  1. pukul cream cheese bersama gula ising,mentega sehingga sebati.masukkan telur,whipping cream dan pukul sehingga adunan sebati dan tidak berketul
  2. pipekan atas tart dan bakar selama 6-7 minit,pada suhu 130'c api atas sahaja.tapi jaga2 tau nanti hangus tart tu pulak.. selamat mencuba :)










No comments: