Followers

Side income

Ruang iklan

Wednesday, 2 April 2014

TIRAMISU

Assalamualaikum semua..lamanya lina mendiamkan dri,rindu sgt kt blog..dh lebih 2 minggu lina tak online.wifi lina rosak dalam dua minggu tu hanya tuhan yang tahu bertapa boring nya lina tanpa internet..nak tengok drama korea pun susah tau..hehe.so dalam ,masa 2 minggu yang amat membosankan tu lina luangkan masa dgn berada di dapur..lina buat Tiramisu untuk pertama kalinya dan ianya kurang menjadi sikit..hari tu lina ada salin resepi Tiramisu ni dari rancangan masakan 'selera' kat tv3.nampak sedap sangat..so lina buatlah.. inilah hasilnya....jeng jeng jeng



bahan-bahan

5 biji telur * asingkan telur putih dan telur kuning
100 gm gula kastor
250 gm mascarpone cheese
200 ml diary whipping cream 
1 tsp esen vanilla
biskut ladies finger
1 tsp serbuk kopi segera *dibancuh bersama 1/2 cwn air

cara-cara
  1. pukul 5 biji telur kuning bersama gula kastor sehingga kembang.
  2. masukkan mascarpone cheese,whipping cream & esen vanilla.pukul sebati.sejukkan sebentar didalam peti.
  3. pukul telur putih sehingga bertanduk.
  4. campurkan dengan adunan cheese tadi.sejukkan semula ke dalam peti selama 30 minit.
  5. ambil biskut ladies finger,celupkan kedalam air kopi.dan hiaskan mengikui kreativiti anda :)


Friday, 14 March 2014

NASI AYAM

 Assalamualaikum semua,lina nak kongsikan menu hari ni iaitu nasi ayam,bila dgr je perkataan nasi ayam mesti korang rasa laparkan?.nasi ayam ni merupakan kegemaran semua orang.siapa yang tak pernah makan nasi ayam? sy yakin semua orang pernah rasa nasi ayam.. nasi ayam nie kalau makan seminggu sekali pun takkan rasa jemu.. lebih2 lagi family lina,tpi nk kata sminggu sekali tu tak lah dalam sebulan tu ada la 2 kali..msti akan masak nasi ayam..hehe..

amacam? selera tak? sedap tau,rugi tak cuba..


bahan-bahan (nasi)

beras 5 pot
1 camca besar majerin
sedikit pewarna kuning
sedikit sos tomato
2 keping daun pandan
2 senduk air rebusan ayam
sedikit garam

cara-cara 
  1. basuh beras dan tos kan.masukkan air secukupnya.dan masukkan semua bahan.masak nasi seperti biasa.bila air nak kering tu kacau supaya bahan2 sebati.

bahan-bahan (sup ayam)

1 ekor ayam di kerat 4
3 inci halia *diketuk
5 ulas bawang putih
1 bgkus rempah sup bunjut
garam
gula secubit
tok aji sikit yer @ajinomoto

cara-cara
  1. cuci ayam,toskan.masukkan ayam dan air secukupnya kedalam periuk untuk direbus.masukkan halia.
  2. bila ayam sudah empuk masukkan bawang putih dan sup bunjut.perasakan dengan garam gula dan tok aji.
  3. setelah sup siap.ambil ayam untuk digoreng.

bahan-bahan(ayam)

ayam yg direbus
kicap lemak manis
minyak untuk menggoreng

cara - cara
  1. panaskan sedikit minyak
  2. goreng ayam.tapi jgn garing sgt.
  3. masa goreng tu tuang kicap sikit2.
  4. bila kicap tu dh melekat kat ayam,angkat.

bahan-bahan sos

cili padi merah 20 biji
1 ulas bwg putih
1 cm halia
cuka
gula
garam

cara-cara
  1. blend semua bahan hingga lumat

bahan-bahan (kicap)

2 biji bwg besar* (*blend)
1 ulas bwg putih*
1 cm halia*
1 senduk sup ayam
kicap secukupnya agak2 1/2 cwn

cara-cara
  1. masukkan bahan yg diblend tadi kedalam periuk.masukkan air secawan.
  2. masukkan kicap.dan sup ayam.masak atas api sederhana.biar menggelegak.tutup api

hidangkan bersama nasi,ayam.sup dan sos.siap!











Tuesday, 11 March 2014

PUTTANESCA SPAGHETTI

Assalamualaikum semua,entah knp tiba2 lina rsa nak makan spaghetti..lina buat puttanesca spaghetti nie sbb nampak sedap sgt...,tapi kurang bahan,so lina buat je yg dgn bahan yg ada,slalu lina buat carbonara dgn bolognese je..sbnrnya lina nak buat aglio e olio,tapi nampak macam biase sgt,nak buat vongole plak,calms xde..xpe nnt kalau lina buat lina post kan..
     
 




bahan-bahan (1-2 hidangan)

pasta
2 sudu makan. minyak zaitun
1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
3 ekor ikan bilis
½ sudu kecil. kepingan lada merah
1 tin tomato yang dipotong dadu atau dihancurkan *boleh guna tomato segar
10-15 biji buah zaitun Kalamata
⅓ segenggam daun basil segar (atau 1 sudu kecil. Kering)
2 sudu makan. capers
½ sudu makan. gula perang (optional)

cara-cara

-Isi periuk besar dengan air (kira-kira ⅔ penuh) dan masak sehingga mendidih . Masak pasta mengikut arahan (rebus 5-7 minit atau sehingga al dente ). toskan

-sementara pasta direbus, dadu bawang besar dan bawang putih . 

-Dalam kuali yang besar, panas 2 sudu minyak zaitun. Masak bawang , bawang putih, ikan bilis dan kepingan lada merah dengan api yang sederhana sehingga lembut (5 minit).

-Tambah tomato dalam tin , buah zaitun Kalamata dicincang ,capers dan daun basil dicincang. 

-sementara itu,perlahankan api rebusan pasta sehingga pasta betul2 masak (kira-kira 10 minit). 

- tambah ½ sudu makan. gula perang dalam sos.

-Apabila pasta telah masak.toskan,letakkan pasta yg telah di tos tadi ke dalam kuali sos puttanesca itu. Kacau sebati.hias di atas pinggan.siap!


Monday, 10 March 2014

KEK COKLAT MOIST

kek coklat moist yg mnjd kgemaran kanak-kanak mahupun orang dewasa,disebabkan kek coklat ni mnjd sgt popular sekarang,adik ksayangan lina tu sorang minta lina buatkan kek coklat moist,tapi lina malas.terus terang lina cakap lina dah muak menghadap kek coklat..adik lina mmg suka kek coklat.adalah satu hari tu abah lina baru balik dari keje,abah lina nie seorg police officer..kat pjabat dia hari tu ada org jual kek coklat moist.abh lina pun beli laa.kek coklat tu ada sticker yg tulis kek coklat moist boboi.adik lina yg kemaruk sgt nk mkn kek coklat tu pun mkn la.dia ckp sedap la kek boboi ni.adik lina pun sruh la lina buat kek mcm kek boboi tu.tapi lina malas,lina search kt google resepi kek coklat moist tu & serahkan tugas pd mama lina tuk buatkan.so mama lina pun buat lah..bila dh siap tu dia pun try,nk tau dia kata apa? eh,kenapa lain rasa dia..adik ku syg,mcm mana tak lain nye..guna resepi lain,mana lah kak tau resepi kek boboi tu. aigoo...letih melayan kerenah adik2 nie..





sumber resepi dari

Bahan-bahan ( 8-9 inchi bulat )
100g Serbuk Koko*
250g Gula Kastor *  ~ k.nor guna 210gm
1 tin Susu Isian Cair*
200g Minyak Masak Sayuran*
250g Susu Pekat*
4 biji Telur - pukul sehingga berbuih
150g Tepung Gandum
1 st Bic Soda
1st Baking Powder

Cara-cara
Campurkan kesemua bhn bertanda* dan masak dgn api perlahan sehingga licin. Tak payah sampai menggelegak.
Satukan dgn telur yg di pukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
Masukkan ke dlm tin yg di lapik & minyakkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air telah menggelegak sebelum di kukus.
Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing /ganache

* kek ni k.nor bakar dgn menggunakan suhu 160C ,lebih kurang 55 min - 1 jam.

GANACHE SIMPLE
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
150gm cooking chocolate
1/4 cawan susu cair
1 sudu besar minyak (sayuran/masak)

Cara:
Panaskan susu (kaedah double boiler) + cooking choc yg.dipotong kecil. 
Padamkan api dn.kacau hingga choc cair.
Masukkan.minyak dn.kacau. 
Biarkan seketika baru dicurah atas kek


Sunday, 9 March 2014

AGAR-AGAR KASTARD

Assalamualaikum..sebenarnya lina rasa malas sangat nak menulis hari ni,tapi lina kuatkan hati walaupun mood sekarang tgh sedih sbb tragedi yg menimpa MH370.. lina percaya suasana hiba menimpa kita semua..lina rasa sunyi sgt2,suasana sedih amat terasa..apapun hanya Tuhan yang tahu kebenarannya,,mungkin ada hikmah disebalik semua ini..marilah kita doakan semoga para penumpang dan kru yg ada dalam pesawat MH370 tu selamat..so lina buat agar2 nie tuk menceriakan hari2 lina,walaupun warnanya agak keterlaluan,hehehe...excited sgt klau tgk wrna2..










bahan-bahan

25 gm serbuk agar2 *nk guna agar2 tali pon boleh
6 cawan air
14 sudu besar gula pasir
1/2 tin susu cair
1 biji kuning telur
1 sudu besar tepung kastard

cara-cara
  1. masak agar-agar bersama gula sehingga mendidih dan semua larut.tutup api.
  2. dalam bekas lain satukan telur,susu cair dan tepung kastard,pukul sehingga semua sebati.masukkan kedalam agar2 tadi.
  3. masak semula agar2,dengan api sederhana.kacau sehingga mendidih.tutup api.
  4. tuang ke dalaam loyang,percikkan pewarna mengikut kreatiiti anda.siap!



Friday, 7 March 2014

MACAROON

For the second time my macaroon tak menjadi jgk,at least boleh jgk mkn dari 1st try hari tu..mmg ke tong sampah terus..nak tengok tak rupa macaroon yg lina bt? jeng jeng jeng
   cantik kan? hahaha..
 macaroon org lain kaki semua ddk bawah,tapi yg lina kaki ddk atas,pelik bin ajaib betul lah..

 ada yang ternganga,yg macam gunung berapi meletus pon ada...sadiss betul la macaroon lina nie kn?huhuhu


sempat lagi pipekan nutella walaupun rupa buruk..


bahan-bahan

80g putih telur - suhu bilik anggaran 2 biji jika gred A
65g gula castor
80g serbuk almond
140g gula icing
pewarna

cara-cara
  1. Satukan serbuk almond dan gula icing. Kemudian ayak. Ketepikan
  2. Dalam bekas lain kita pukul putih telur hingga kembang seperti gambar  dgn menggunakan mixer dan berkelajuan max.
  3. Kemudian masukkan gula castor sedikit demi sedikit sambil terus memutar  sehingga         adunan  kental dan bertanduk (anggaran dlm 10 minit). Adunan menjadi ringan dan gebu   dan sedikit berkilat. Kalau kita terbalikkan mangkuk tu adunan putih telur tu tak jatuh.     (bahagian ni kena pastikan adunan tu betul2 kental). Tapi jangan terlebih pukul ye! dia     dah bertanduk aje dah ok!
  4. Masukkan 1/4 daripada serbuk almond yg dah bercampur gula icing tadi ke dalam putih     telur. Sebatikan hingga rata dgn cara kaup balik menggunakan spatula aje. 
  5. Setelah rata masukkan semua baki serbuk almond sedikit sedikit dan gaulkan dgn kaedah   yg sama sehingga adunan bergaul sempurna.
  6. Kemudian boleh lah kita letak pewarna. Untuk adunan ni boleh bahagi kepada 2 bahagian   sahaja kerana adunannyer sedikit.
  7. Masukkan adunan tadi kedalam beg plastik atau piping beg.
  8. Kemudian picitkan atas bulatan yg telah kita buat atas kertas minyak tadi. Siapkan sampai habis.
    Ambik toothpick , pecahkan mana-mana gelembung udara yg terbentuk di permukaan macarons ini untuk mengelakkan permukaan macarons jd berlubang bila dibakar
    Rehatkan macrons lebih kurang 30 - 45 mint. Pastikan macaron benar2 kering iaitu bila kita sentuh permukaan macarons ia tak melekat dekat tangan.

    Panaskan oven 150C - lina cuma gunakan 140C mengikut kepanasan oven. Oven jangan panas sangat kerana nanti macarons pecah atau retak.

    Letakkan tray di bahagian tengah dlm oven. Bakar selama 15 - 20 minit.
    Setelah masak, letakkan macrons bersama kertas minyak atas rack dan biarkan ia sejuk.

PUDING PELANGI

          Assalamualaikum...hari ni lina buat puding.bestnye dapat makan puding.cuaca kat malaysia sekarang ni agak kering,so mesti kebanyakkan craving nak makan benda2 yg sejuk kn? puding adalah salah satu makanan yg dapat melegakan rasa kering dlm tekak,Eh betul ke ni?? hehehe,bagi lina kalau time2 panas mcm sekarang puding adalah makanan atau dessert yg sesuai sekali di makan..Jeng jeng jeng.........




    adik lina cakap,macam BEN10 la..hahaha..saja nak buat kaler mcm nie,bagi selera sikit bila,cuma lina terlebih pewarna sikit..ada rasa pahit2..takpe laa pahit sikit pon janji sedap..puding ni sedap sgt tau..dah la nak buat pun senang,tak rumit la..



Bahan Bahan


10g serbuk agar agar
650ml air
1 cawan gula *lina kurangkan sikit,tak mau manis2

Larutkan agar agar, gula bersama air


1 biji telur
200ml susu cair
1 sudu makan tepung kastard
1 sudu makan mentega
1 sudu the vanilla

Pukul telur dengan whisker hingga berbuih. Masukkan susu dan tepung kastard . kacau sebati dan tapiskan dan masukkan ke dalam agar agar dan kacau hingga mendidih. Tutup api dan masukkan mentega dan vanilla.
Bahagikan kepada beberapa warna mengikut kreativiti

Thursday, 6 March 2014

RESEPI MINI CHEESE TART

Assalamualaikum,hari ni lina nak kongsi resepi cheese tart dengan korang...lina dah janji dengan korang haritu nak kongsi resepi ni kn..sory lina menghilang shari dua ni..bz dengan tepahan tart..tak cukup tgn..huhu..maklum lah keje sendiri,lain lah kalau ada pekerja..amboi,angan2 nak pakai pekerja,bisnes pon cukup2 je..gambar kat bawah ni lah hasil2 tart yg lina buat,,takde lah cantik sgt pon..biase2 je,tapi rasa die tu yang sedap..lina buat 4 perisa je,blueberry,strawberry,kiwi dan orange,,kurang dua perisa mango dan lemon,dah cari kedai kek tapi takde..sbnrnye bnyk lagi perisa yg boleh buat mengikut kreativiti masing2 laa..ada yg buat coklat,peanut butter,almond dll.hari tu lina dh buat perisa coklat,tapi lina tak suka sgt coklat,manis..peanut butter plak lina tak buat sbb lina mmg tak suka kacang..tapi yg pelik nya,kuah kacang satey tu boleh makan pulak..hehehe..







Bahan-bahan pastri

125gm mentega
60gm gula ising
250gm tepung gandum
1 biji kuning telur
1/2 tbsp air sejuk
1/2 tbsp esen vanilla

Cara-cara

  1. pukul mentega dengan gula sampai kembang.
  2. masukkan telur,air sejuk dan esen vanilla.pukul lagi sehingga kembang.
  3. masukkan tepung sedikit demi sedikit.uli sehingga menjadi doh lembut.
  4. terapkan ke dalam acuan tart mini.bakar pada suhu 140'c selama 20 minit.

Cream cheese
250gm cream cheese
50ml UHT whipping cream
60gm gula ising
60gm mentega

1 biji telur
1 sudu besar jus lemon jika suka

Cara-cara
  1. pukul cream cheese bersama gula ising,mentega sehingga sebati.masukkan telur,whipping cream dan pukul sehingga adunan sebati dan tidak berketul
  2. pipekan atas tart dan bakar selama 6-7 minit,pada suhu 130'c api atas sahaja.tapi jaga2 tau nanti hangus tart tu pulak.. selamat mencuba :)










Monday, 3 March 2014

MINI CHEESE TART & FRUIT TART

           Assalamualaikum..baru lega dapat rehat harini..fuhh. letih sangat semalam sehari suntuk duduk kat dapur.dari tengahari sampai ke malam.hampir 12 jam..mesti korang tertanya2 tart apa lah yang lina buat sampai ambil masa 12 jam..hehe ianya cuma cheese tart dan fruit tart biase sahaja..lina juga ada buat kek keju meleleh..tu yang sampai 12 jam tu...sambil-sambil tunggu kek atau tart masak,lina layan drama korea dulu.. mau tak sampai 12 jam..lagi pula tart tu memang ambil masa yang lama nak siapkan,sebab nak buat doh lagi,nak terap dalam acuan die lagi,nak bakar lagi,buat cream cheese la pastu kena bakar balik,buat cream custard tuk tart buah pulak...memang kelam kabut..mmg FAIL la kalau nak masuk masterchef..hehe..ni la gambar cheese tart,fruit tart dan kek keju meleleh yg sempat lina snap walaupun dah keletihan..
fruit tart lina cuma guna mangga,peach dengan anggur sahaja..sebab customer tak nak buah yg masam2..

cheese tart pula ada 4 perisa,blueberry,strawberry,kiwi dan orange sahaja..


resepinya lina update lain kali yer,lina rasa nak rehat kejap..tak cukup tidur semalam.. :)

Saturday, 1 March 2014

RESEPI CUCUR UDANG KUAH KACANG

             Assalamualaikum...entri kali nie lina nak share dgn korang resepi cucur udang dgn kuah kacang..lina baru je buat nie..panas-panas lagi. hehe.hari tu agi lina nak buat cucur udang nie tapi slalu tak sempat..kbetulan harini masa terluang so lina buat lah. mama lina ckp sedap..hehe bangga sgt bila ada orang puji masakan lina..korang cuba lah pulak...mmg sedap dicicah bersama kuah kacangnya..pergh! enjoy :)




Bahan-bahan 

500 gram tepung gandum
20 ekor udang besar (boleh lebih atau kurang-buang kepala sahaja)
1 mangkuk kecil tauge
1 mangkuk kecil daun kuchai (potong 1 inci)
1 biji telur
1 biji cili merah (hiris halus)
2 biji bawang merah (racik halus)
Garam secukup rasa
1/2 sudu teh gula
Sedikit kunyit
Air secukupnya
Minyak utk menggoreng


KUAH

2 cawan kacang (goreng dengan minyak tanpa buang kulit hingga masak)
6 sudu besar cili boh (boleh lebih atau kurangkan)
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air asam jawa
Air secukupnya

Cara-cara

Masukkan tepung, udang, tauge, kuchai, telur, cili merah, bawang merah, garam, gula dan kunyit ke dalam satu mangkuk besar.Tambahkan air hingga adunan menjadi boleh dijemput.Jangan terlalu pekat atau terlalu cair.

Panaskan minyak.Jumputkan adunan ke dalam minyak yang betul-betul panas.Goreng hingga kekuningan.Angkat dan hidang dalam pinggan.
Masukkan semua bahan kuah dalam pengisar dan kisar kasar bahan ini.Jangan sampai halus.

Masak bahan kisaran ini di atas api sederhana hingga pekat.Angkat dan hidangkan dengan cucur udang.

Thursday, 27 February 2014

KEK COKLAT

              Assalamualaikum,lina nak kongsi gambar kek coklat nie kat korang..hari tu lina buat kek nie sebab adik lina nak makan so lina pon buat lah..lina nak kongsi resepi tapi lina tak ingat lah kat mana lina letak resepi kek nie..nanti lina jumpa resepi kek coklat nie lina update balik lah yer... so enjoy :)


RESEPI KEK PELANGI/RAINBOW CAKE

   Assalamualaikum,selamat pagi kepada pembaca yg sudi singgah kat lina's kitchen..hari nie lina nk kongsikan resepi kek yang lina buat hari tu..tapi tak sempat nak post.kek yang lina nak kongsikan adalah kek pelangi @ rainbow cake..sebenarnya dah lama lina nak buat kek nie tapi tak ade keberanian nak buat sebab kek pelangi nie besar sangat.family lina semua tak suka kek yang beraising..adik-adik lina semuanya suka kek coklat.so tak berani lah nak buat sebab takut tak habis.membazir je.kebetulan hari tu hari jadi adik lina,so lina lah yg kena buat kek,lina pun terpikir nk buat rainbow kek,ada la sikit keberanian nak buat rainbow kek tu sebab bila buat birthday party mesti budak budak akan makan kek..so inilah hasilnya

walaupun ni adalah 1st try.tapi lina puas hati jgk la dapat buat rainbow kek.

sedia untuk dimasukkan ke dalam oven.kena bakar satu persatu.1 layer 20 minit.memang lama giler nk tunggu semua layer siap.nasib baik buat 6 warna je..

mesti korang perasan yg kek tu nampak senget sikit kan,sebenarnya lina pon tak tau macam mana lah kek yg atas sekali tu(warna merah) boleh jadi besar.warna lain ok je,sama.pastu krim die tak bnyk sgt sebab lina taknak letak aicing cream cheese tu bnyk sgt nnt muak nak makan..macam lina ckp tadi family lina mmg tak brapa suka cream icing.sbb tu lah lina kurangkan sikit icingnya.




  bahan-bahan

 250gm mentega
 220gm tepung kek (ayak dengan 1 tsp baking powder)
 200gm gula kastor
 4 biji telur gred A
 5 tbsp susu segar
 1 tsp esen vanilla
  pewarna yang disukai

 cara-cara
  1. griskan acuan bulat 8" dengan mentega.lapiskan dengan kertas serap minyak.panaskan ketuhar pada 170'c.
  2. pukul mentega dan gula kastor dengan kelajuan sedarhana sehingga kembang dan putih.
  3. perlahankan kelajuan,masukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati.
  4. masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau diikuti air susu,esen vanilla.gaul hingga rata.
  5. bahagikan adunan kepada 7 bahagian dan warnakan mengikut kreativiti anda!

  topping
 250gm cream cheese

 120gm gula
 120gm butter

 cara-cara
 - campurkan semua bahan.pukul sehingga gebu dan kental.siap! selamat mencuba :)




Wednesday, 26 February 2014

RESEPI MANGO ICE CREAM

        Assalamualaikum...kali ni sy buat entry pasal ais krim plak.resepi ni sy ambil dari blog omputih,tak ingt dah ape nama blog die..kt kelantan sekarang ni musim buah mangga,di sebabkan buah mangga belambak kat dapur,daripada tunggu buah tu rosak,baik sy bt ssuatu..sy belek2 blog,terjumpa lah resepi ais krim mangga nie,rasa teringin nk cuba..sy pun buat lah.tambah pulak sy minat benda masam.dalam resepi tu ada lime jus.rasa ingin mencuba tu semakin berkobar kobar.berbaloi jugak lah dapat makan aiskrim yang lain dari pada salu beli kat kedai.tambah pulak ais krim yg sy buat nie menjadi walaupun tanpa ice cream maker. hurayy!!
nak bagi nampak cantik la konon nya,siap letak hiasan mangga dengan orange filling lagi tu..



bahan-bahan

6 biji kuning telur
1 biji limau (ambil jusnya) *resepi asal letak kulit sekali juga tapi sy tak letak
1/2 cawan gula kastor
2 1/4 cawan susu full cream
2 biji mangga (dibuang kulit dan dipotong segi empat)
1 cawan whipping cream non-diary
sedikit pewarna kuning * tak nak letak pun takpe

cara-cara

  1. pukul kuning telur dan gula hingga kembang.
  2. panaskan susu,lepas tu masukkan telur.kacau sampai pekat.biarkan sejuk.
  3. blend mangga dan jus limau tadi sehingga gebu.
  4. dalam mixing bowl,letakkan susu dan telur yang telah disejukkan tadi bersama whipping cream.pukul sampai kembang.
  5. last skali masukkan mangga yang telah di blend tadi dan sedikit pewarna kuning.pukul sebati.
  6. masukkan kedalam freezer..biarkan beku selama 5-6 jam atau semalaman. selamat mencuba!


RESEPI KEK KEJU MELELEH MUDAH

Assalamualaikum..korang,dah lama sy tak buka blog,dah berhabuk blog sy nampaknya hehe maklum lah sibuk memanjang tak smpat nk buat entri.semalam sy tergerak hati nk buka blog.rasa rindu plak..teringin nk buat entri kek yg sy buat dan kongsikan resepi.kat bawah nie lah kek keju meleleh.yg ni 3rd try,1st try xmnjd,2nd ok la boleh tahan.1st sy buat guna resepi lain.kek coklat span.tapi tak tau la kat mana yg tak kena kek coklat tu jd mampat sgt.bila makan mesti la kureng sodap.so 2nd try tu sy cuba guna resepi yg akan saya kongsi nie.tp kurang menjadi jgk,nk tau kenapa? sbb sy guna loyang yg kecik..hahaha. tak padan dgn kek tu,apa lagi masa kek tu tengah naik,kek tu habis melimpah keluar,nsib baik sy tergerak hati nk masuk dapur nk tgk perkembangan kek. terkezut sgt2 masa tgk kek melimpah keluar,berasap oven.nsib baik lah tak terbakar..kek melimpah keluar masa kek tu tengah naik,bila sy keluarkan kek tu yg sparuh masak,jadi mampat la skit kek tu.bila msukkan balik dlm oven,kek tu naik tapi bila dah siap bakar,sejukkan,kek tu menurun sikit (mampat sikit).so yg 3rd try nie sy bhgikan kek tu kpd dua. dan inilah hasil nya...



sy guna chesdale untuk hiasan.nampak comot skit..cheddar cheese kehabisan.merata saya cari tapi takde.tak kisah lah janji kek ni tetap sodap dimakan..huhuhu.resepi ni sangat mudah.banyak2 kek yg pernah sy buat.kek ni lah yg paling mudah dan cepat sekali nk buat.bahan-bahan dia pun tak banyak, siyes ckap,kek ni mmg sgt la lembut..nama pun kek span vanilla..kalau korang makan kek ni mmg tak akan puas..harap korang enjoy resepi yg sy kongsikan ni dan selamat mencuba!






Bahan-bahan (kek)

100gm tepung gandum*
60gm tepung jagung*

1 tsp baking powder*
1 tbsp ovalette
100gm gula kastor
4 biji telur gred A
2 biji kuning telur
50 ml air sejuk
75 gm mentega cair
1 tsp esen vanilla


cara-cara


  1. ayak bahan bertanda(*)
  2. campur semua bahan kecuali mentega cair.pukul sampai gebu baru masukkan mentega cair.putar lagi sampai sebati.
  3. bakar dalam oven.suhu 150C,45 minit.

topping

250gm cream cheese
50ml whipping cream non-dairy
120 gm susu pekat manis
1 tbsp  jus lemon

cara-cara

  1. pukul cream cheese dalam 1-2 minit.
  2. masukkan susu pekat manis dan jus lemon.putar dalam seminit.
  3. masukkan whipping cream,putar lagi.tapi jangan lama sangat nanti whipping cream akan jadi kental..cream cheese tak kan jadi meleleh..pukul cream cheese tu sampai jadi macam yg dalam gambar kat atas..pastu taburkan parutan cheddar cheese.siap!



p/s - guna loyang 8 - 9 inci.kalau tak yakin.bahagikan kepada dua. kan senang :)